I miss u dad... Semoga cepat sembuh..
Papa,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Mempunyai seorang bapa sepertimu.
Papa,
Kehidupan kami begitu bermakna
Dengan titik peluhmu
Kami mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Kami mengenali bahagia
Papa,
Kami tahu susah payahmu
Kami tahu deritamu
Kami tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Papa,
Jutaan kasih dan penghargaan kami hulurkan
Buat cinta kasihmu, penat lelahmu,
Nasihat ikhlasmu, dan pengorbanan abadimu,
Yang sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
No comments:
Post a Comment